Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
2020, e-Bangi
Populariti pengeluaran minyak sawit adalah sangat luar biasa. Sekitar 10 peratus daripada kegiatan pertanian dan perladangan dunia merupakan kawasan tanaman kelapa sawit global. Malah, 85% pengeluaran minyak sawit dihasilkan di Malaysia dan Indonesia. Minyak sawit juga telah meningkatkan pendapatan penduduk di kedua-dua buah negara, terutama kepada golongan petani. Namun, ada harga yang perlu dibayar akibat kegiatan pertanian kelapa sawit seperti kemusnahan alam sekitar, hak buruh dan hak asasi manusia yang seringkali diabaikan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kaedah pertanian sawit lestari yang dijalankan oleh pekebun kecil kelapa sawit Orang Asli. Kajian ini dijalankan di salah sebuah kampung Orang Asli yang terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang. Melalui pendekatan kualitatif, lapan orang petani Orang Asli telah ditemu bual secara berkala melalui persampelan rawak mudah dan bola salji. Hasil kajian menunjukkan bahawa petani Orang Asli mengusahakan pertanian mereka sebagai bentuk pemilikan tanah yang juga merupakan salah satu prasyarat MSPO. Pertanian keluarga merupakan langkah seterusnya untuk mewujudkan pertanian lestari selain menangani penebangan hutan melalui kegiatan penanaman kelapa sawit.
Journal of Social Sciences and Humanities, 2020
Populariti pengeluaran minyak sawit adalah sangat luar biasa. Sekitar 10 peratus daripada kegiatan pertanian dan perladangan dunia merupakan kawasan tanaman kelapa sawit global. Malah, 85% pengeluaran minyak sawit dihasilkan di Malaysia dan Indonesia. Minyak sawit juga telah meningkatkan pendapatan penduduk di kedua-dua buah negara, terutama kepada golongan petani. Namun, ada harga yang perlu dibayar akibat kegiatan pertanian kelapa sawit seperti kemusnahan alam sekitar, hak buruh dan hak asasi manusia yang seringkali diabaikan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kaedah pertanian sawit lestari yang dijalankan oleh pekebun kecil kelapa sawit Orang Asli. Kajian ini dijalankan di salah sebuah kampung Orang Asli yang terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang. Melalui pendekatan kualitatif, lapan orang petani Orang Asli telah ditemu bual secara berkala melalui persampelan rawak mudah dan bola salji. Hasil kajian menunjukkan bahawa petani Orang Asli mengusahakan pertanian mereka sebagai bentuk pemilikan tanah yang juga merupakan salah satu prasyarat MSPO. Pertanian keluarga merupakan langkah seterusnya untuk mewujudkan pertanian lestari selain menangani penebangan hutan melalui kegiatan penanaman kelapa sawit.
2016
ABSTRAK Industri sawit yang dimajukan sejak empat dekad lalu telah menjadi penyumbang utama sektor pertanian dan kesejahteraan rakyat negara. Sebagai usaha untuk meningkatkan penjanaan pendapatan eksport negara, maka produktiviti pekebun kecil sawit persendirian perlu ditingkatkan. Jesteru itu, pekebun kecil sawit perlu mengubah amalan pertanian mereka kepada yang lebih produktif dan berpendapatan tinggi. Maka pusat TUNAS diberi tanggungjawab menerapkan amalan pertanian terbaik kepada pekebun kecil. Kajian ini menilai sejauh mana TUNAS berupaya memindahkan teknologi dan memberikan impak produktiviti pekebun kecil dengan menggunakan borang kaji selidik. Kata kunci: Produktiviti, Pekebun kecil sawit persendirian, TUNAS MPOB, program/ kursus, latihan ABSTRACT Oil plam industry which is developed over the past four decades has been a major contributor to the agricultural sector and the welfare of the state. In an effort to increase the country's export revenue, the productivity of p...
e-Bangi, 2020
Kejatuhan harga sawit mentah dan penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun 2020 memberikan kesan negatif terhadap pendapatan pekebun kecil kelapa sawit. Bagi meningkatkan pendapatan, golongan tersebut disarankan supaya terlibat dalam aktiviti ekonomi desa seperti perniagaan kecil, penternakan dan penanaman sayur-sayuran atau buah-buahan. Namun begitu, terdapat jurang kajian dalam konteks bagaimana aktiviti keusahawanan yang disarankan oleh pengamal industri dan para pengkaji terdahulu dapat dilaksanakan secara berkesan. Hal ini disebabkan, latar belakang para pekebun kecil kelapa sawit yang rata-ratanya telah berusia melebihi 60 tahun dan mempunyai tahap keselesaan yang tinggi dalam aktiviti pertanian kelapa sawit berkemungkinan besar tidak dapat menyokong kelincahan dalam bidang keusahawanan. Oleh demikian, dijangkakan penglibatan pekebun kecil sawit dalam aktiviti keusahawanan haruslah melalui suatu proses asimilasi yang lebih khusus. Justeru, artikel ini bertujuan menghuraikan penerapan kemahiran keusahawanan desa berdasarkan Model Kemahiran Keusahawanan Desa bagi memangkin pendapatan para pekebun kecil pasca Covid-19. Kajian ini dilaksanakan menerusi pendekatan kualitatif dengan mengenalpasti kemahiran keusahawanan desa dalam kalangan responden terpilih di Negeri Perak. Kemahiran yang dapat dikesan menjadi asas untuk diterapkan dalam diri pekebun kecil yang ingin melaksanakan aktiviti keusahawanan desa yang seiring dengan kapasiti, sumber dan ekosistem di persekitaran mereka. Hasil kajian menunjukkan tiga kemahiran keusahawanan desa yang perlu diterapkan iaitu kemahiran peribadi, kemahiran interaksi dan kemahiran proses merancang serta mengurus perniagaan. Implikasi daripada kajian ini dapat menghasilkan pengetahuan baharu berkenaan model kemahiran keusahawanan desa yang berpotensi memberi impak kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil kelapa sawit.
Traditional economic activity is one of the important elements in the Orang Asli community's way of life to secure food for a living and at the same time sustaining their customs and belief systems. However, as the global economy is revolving and becoming money-based economy, the Orang Asli community is facing a great threat. Hence, this study aims to observe the Orang Asli especially the Semelai and Semai communities' traditional economic activity and challenges in sustaining their traditional activities. Therefore, the data collection method used is survey and in-depth interview. This study finds that both Semelai and Semai community practices the same economic activity which is cash-crop economic activity and self-sufficiency. Both subgroups do have few similarities and also differences in values and belief system especially involving the traditional agriculture activity. In fact, they are at risk of food insecurity. Hence, this paper highlights the importance of preserving the traditional economic activity so the community able to gain equal access to food supplies and reclaim their rights as Orang Asli.
e-Bangi, 2020
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kepuasan ke atas kepenggunaan minyak sawit dalam kalangan pengguna domestik dan pelancong antabangsa. Teknik persampelan bertujuan telah digunapakai dan temubual bersama 160 orang pengguna domestik dan 40 orang pelancong antarabangsa berdasarkan satu set soalselidik di Ranau, Sabah. Hasil kajian menunjukkan pengguna domestik menyokong produk minyak sawit tempatan berbanding pelancong antarabangsa yang lebih mengutamakan produk minyak tumbuhan lain seperti canola, minyak zaitun, minyak jagung, dan lain-lain dalam kehidupan seharian mereka. Kepuasan pengguna domestik adalah lebih memfokus kepada harga produk minyak sawit yang murah dan berpatutan. Manakala pengguna antarabangsa pula mendapati bahawa produk minyak sawit mempunyai harga yang mampu dimiliki, berkhasiat, berkualiti. Tambahan pula, faktor jenama, tidak mudah terbakar, kegunaan tradisi keluarga, dan sentiasa dalam berkeadaan baik. Namun demikian, faktor ketidaktentuan harga minyak stabil di pasaran menjadi penyebab utama bagi pengguna domestik merasa tidak puashati, berbanding dengan pengguna antarabangsa yang tidak puashati kerana kualiti minyak sawit. Dalam hal ini, langkah-langkah strategik bagi meningkatkan kepenggunaan minyak sawit wajar diperhalusi oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga minyak sawit, di samping memperbanyakkan promosi dan kempen dalam usaha meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kepada masyarakat, seterusnya memperbaiki kualiti produk secara berterusan.
2020
Sawit (Elaeis guineensis Jacq), tanaman asli yang berasal dari Afrika Barat yang menghasilkan minyak sayuran tropika paling produktif di seluruh dunia. Pada awal tahun 1870an, pihak British telah membawa baka sawit daripada Afrika ke Malaysia sebagai tanaman hiasan. Seorang pedagang Perancis, Henri Fauconnier bertanggungjawab menanam sawit pertama secara komersil di negara ini pada tahun 1917 di Ladang Tennamaram, Selangor. Pengeluaran minyak sawit amat penting kepada ekonomi Malaysia dan dikenali sebagai pengeluar komoditi kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Sehingga kini terdapat 5.90 juta hektar tanaman sawit di negara ini. Sektor pekebun kecil persendirian (PKP) merupakan sektor penting yang mempunyai entiti pengeluaran berskala kecil. Secara amnya, sektor ini dilihat tidak cekap dan tidak produktif berbanding sistem pengeluaran sektor ladang. Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan pengetahuan dalam amalan baik pembajaan yang mempengaruhi pengeluaran buah tandan seg...
2015
Industri sawit di Malaysia telah berkembang pesat terutama dari segi peluasan kawasan penanaman maksima pada masa kini. Penanaman kelapa sawit adalah proses jangka panjang yang memerlukan perancangan sistematik, bersepadu dengan kos efektif untuk kekal berdaya saing dan lestari. Walau bagaimanapun aktiviti pembangunan ladang sawit sering dikaitkan dengan punca masalah sosioekonomi dan pencemaran persekitaran serta masyarakat setempat kerana melibatkan kawasan yang luas. Kaedah yang digunakan untuk menilai kejayaan projek ini adalah melalui soalselidik terhadap 62 responden serta pemerhatian keatas masyarakat setempat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Sawit Malaysia untuk meningkatkan pendapatan, hasil penduduk tempatan serta menjana ekonomi setempat. Kaedah pengurusan lestari semasa aktiviti pembangunan di jangka dapat meminimakan kerosakan kepada sumber semulajadi seperti kualiti air, sumber air kawasan tadahan air dan pengekal...
Objektif kajian ini adalah mengenalpasti penggunaan teknologi moden dalam penanaman kelapa sawit dan mengkaji kelebihan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan sawit di Parit Yaani. Lokasi kajian yang dipilih ialah kawasan pekan Parit Yaani kerana majoriti penduduknya menjadikan aktiviti penanaman sawit sebagai sumber pendapatan utama mereka. Kaedah soal selidik dan pemerhatian telah digunakan bagi memperoleh maklumat. 30 orang responden dipilih terdiri daripada pengusaha dan pekerja kebun sawit di lokasi kajian. Data kajian telah dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk linear, jadual, graf dan carta. Kajian ini telah mendapati tahap penggunaan teknologi moden masih belum meluas. Pengusaha hanya mengaplikasi teknologi moden dalam penggunaan baja, racun, teknik mencantas pelepah dan teknik saliran. Dari segi kelebihan pula didapati penggunaan baja moden lebih memberikan peningkatan hasil buah sawit. Kajian ini diharap boleh dijadikan panduan dalam menjalankan dasar bagi membantu pekebun-pekebun sawit meningkatkan pendapatan mereka.
Malaysian Journal of Society and Space, 2019
Koperasi pekebun kecil diwujudkan sebagai inisiatif bagi memperkasa kebajikan sosioekonomi pekebun kecil dan mengurangkan pergantungan terhadap pihak luar. Kurangnya pergantungan terhadap pihak luar akan meningkatkan aspirasi dan memelihara kepentingan pekebun kecil. Hal yang demikian kerana gerakan koperasi merupakan usaha kolektif individu-individu yang sama latar belakang dan matlamat untuk menjaga kepentingan secara bersama. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan mendeskripsi model-model koperasi yang melibatkan pekebun kecil sawit yang wujud di Malaysia. Teknik temubual digunakan bagi melaksanakan proses pengumpulan data kajian. Informan kajian melibatkan wakil lembaga pengarah atau pengurusan daripada enam buah koperasi berkaitan pekebun kecil sawit. Pemilihan koperasi dibuat menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan menghadkan carian informan berpotensi berdasarkan senarai koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian kelapa sawit. Penemuan kajian merumuskan tiga bentuk model perniagaan koperasi yang dianggotai oleh pekebun sawit kecil di Malaysia iaitu model koperasi pekebun kecil sawit agensi FELDA dan FELCRA serta model milik pekebun bebas. Ketiga-tiga model koperasi ini mempunyai teras pelaksanaan koperasi iaitu menjaga kepentingan para ahlinya. Amalan koperasi berdasarkan model-model yang dikenal pasti ini memberi penumpuan kepada aktiviti keusahawanan, pengurangan risiko dan juga mengoptimumkan keuntungan. Kesemua amalan ini adalah bagi membantu para ahli memperolehi faedah dalam bentuk pendapatan dividen, perkongsian maklumat dan pengetahuan. Pemahaman berkaitan model-model koperasi yang ada dapat membantu memperkemas amalan pengurusan operasi sedia ada dalam usaha memberi faedah secara berkesan dan mapan kepada ahlinya.
Malaysian Journal of Society and Space, 2017
Penglibatan masyarakat dalam organisasi koperasi bukan sahaja dapat membantu mereka untuk mendapat manfaat ekonomi tetapi juga memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan oleh pihak koperasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan sosial yang diberikan oleh Koperasi Penanaman Sawit Mampan terhadap ahli komuniti pekebun kecil sawit. Seramai 46 ahli Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM) Saratok telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan data kajian dan analisa deskriptif telah dijalankan. Analisa ini merangkumi analisis min, kekerapan, peratusan serta sisihan piawai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa koperasi KPSM Saratok telah memberi sumbangan sosial terhadap komuniti pekebun kecil sawit dari aspek peningkatan hubungan pekebun kecil sawit (PKS), peningkatan penglibatan komuniti dalam aktiviti sawit, pemantauan aktiviti pertanian komuniti, penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan kemudahan dalam pengurusan aktiviti. Kata kunci: hubungan komuniti, pekebun kecil sawit, pembangunan sosial, pengurusan koperasi, sumbangan koperasi, sumbangan sosial Contribution of cooperation to social development of palm oil small holders Abstract Community involvement in cooperative organizations will not only help them to gain economic benefit but also provide space for social activities carried out by the cooperatives. The study aims to assess the social contribution provided by the Sustainable Palm Oil Cooperative (KPSM) to members of the smallholder community. A total of 46 members of KPSM Saratok have been involved as respondents in this study. The questionnaire was used as the instrument for obtaining data which then being descriptively analysed. The analysis included mean analysis, frequency, percentage and standard deviation. The findings show that KPSM Saratok has contribute to the palm oil smallholder community in terms of enhancing the smallholders' relationships, enhancing the community's participation in palm oil activities, monitoring community agricultural activities, providing job opportunities, improving skills, facilities and the management of activities.
UTM, 2019
Since independence, rural development has always been considered as an important agenda for national development to address the state of poverty, deprivation, rural disadvantages and rural-urban disparity. Rural planning and development are main drivers to the sustainable process of economic, social, cultural and environmental change that enhance the well-being of rural society. This lecture examines the role of rural planning & development in achieving well-being of society. The first part of this lecture reviews the concepts of rural planning & development and paradigm shifts of rural development, influenced by the changes in development thoughts. It also reveals the experiences in Malaysia which shows several shifts of emphasis and approaches to rural planning and development such as from top-down approach to community empowerment, and from infrastructure development and economic centric to human centric. Rural development has tremendously reduced poverty and improved the well-being of the rural society. However, the persistent of imbalanced development due to the process of continuous urbanization in metropolitan regions has created new challenges from the depopulation of the rural areas.The second part of the lecture focuses on the contributions of the author in the field of rural planning and development. These include teaching, research, consultancy, publication, and community engagement. Efforts to enhance knowledge and experiences in rural planning and development were expedite through the establishment of the Rural Research and Planning Group that bring together local and international experts and practitioners to exhange knowledge, and experiences as well as establishing networkings and collaborations.The final part of the lecture present some suggestions and views with regard to rural planning and development pathways in the future. These include approaches to rural planning, research direction, development agenda and rural governance for achieving the long term well-being of rural society. (Inaugural Lecture of Professor Ibrahim Ngah 15 April 2019)
Geografia, 2018
Pelbagai usaha melibatkan inovasi dan teknologi berkaitan teknik penanaman dan pengeluaran hasil telah diberi penekanan oleh organisasi yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit. Usaha ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan pekebun kecil sawit antaranya melalui interaksi dan pendedahan terhadap kaedah penanaman serta aktiviti hiliran. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengenalpasti tindakbalas pekebun kecil sawit terhadap pelbagai inovasi dan teknologi yang diperkenalkan oleh agensi terbabit. Hal ini perlu diberi penekanan kerana maklumat daripada pihak agensi berkaitan menjelaskan bahawa produktiviti per hektar di kawasan kajian tidak mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan oleh pihak agensi. Seramai 300 orang pekebun kecil sawit di daerah Lahad Datu, Semporna dan Tawau di Sabah telah ditemubual dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian dianalisis secara diskriptif bagi memahami kekangan pekebun kecil sawit terhadap penggunaan inovasi dan teknologi dalam penanaman kelapa sawit di kawasan kajian. Dapatan kajian mendapati majoriti pekebun kecil menjelaskan bahawa kekangan penggunaan inovasi dan teknologi berpunca daripada faktor pemilikan tanah, masalah akses kepada kredit, akses kepada pasaran output dan input serta kekangan terhadap sumber dan bukan sumber. Kekangan tersebut telah mewujudkan jurang interaksi antara organisasi dengan pekebun kecil sawit. Jurang berkenaan telah mendorong mereka untuk terus bergantung kepada orang tengah. Oleh itu, pihak agensi dan pekebun kecil sawit perlu bekerjasama untuk menambahbaik jurang dengan memberi penekanan terhadap program inovasi dan teknologi dalam institusi pekebun kecil.
Geografia: Malaysian journal of society and space, 2018
Pelbagai usaha melibatkan inovasi dan teknologi berkaitan teknik penanaman dan pengeluaran hasil telah diberi penekanan oleh organisasi yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit. Usaha ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan pekebun kecil sawit antaranya melalui interaksi dan pendedahan terhadap kaedah penanaman serta aktiviti hiliran. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengenalpasti tindakbalas pekebun kecil sawit terhadap pelbagai inovasi dan teknologi yang diperkenalkan oleh agensi terbabit. Hal ini perlu diberi penekanan kerana maklumat daripada pihak agensi berkaitan menjelaskan bahawa produktiviti per hektar di kawasan kajian tidak mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan oleh pihak agensi. Seramai 300 orang pekebun kecil sawit di daerah Lahad Datu, Semporna dan Tawau di Sabah telah ditemubual dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian dianalisis secara diskriptif bagi memahami kekangan pekebun kecil sawit terhadap penggunaan inovasi dan teknologi dalam penanaman kelapa sawit di kawasan kajian. Dapatan kajian mendapati majoriti pekebun kecil menjelaskan bahawa kekangan penggunaan inovasi dan teknologi berpunca daripada faktor pemilikan tanah, masalah akses kepada kredit, akses kepada pasaran output dan input serta kekangan terhadap sumber dan bukan sumber. Kekangan tersebut telah mewujudkan jurang interaksi antara organisasi dengan pekebun kecil sawit. Jurang berkenaan telah mendorong mereka untuk terus bergantung kepada orang tengah. Oleh itu, pihak agensi dan pekebun kecil sawit perlu bekerjasama untuk menambahbaik jurang dengan memberi penekanan terhadap program inovasi dan teknologi dalam institusi pekebun kecil.
Sains Humanika
This paper discusses the sustainability of native tourism in Tapah, Perak. This study is important because studies related to indigenous tourism are still not widely explored, especially in Malaysia. This study uses purposive sampling. Data are also collected using in-depth and detailed structured interviews. The big impact can be seen through the economic capital to carry out this indigenous tourism. Economic capital contributes to the economic strength of indigenous people’s. Through the economic strengths supported by the local agencies, it can lead to continuous improvement of the economic capital of the Orang Asli of the Semai tribe tapah, Perak, as well as contributing to the sustainability of native tourism in the area.
Malaysian Journal of Society and Space, 2018
Masyarakat orang Asli merupakan masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, dalam menentukan indeks Kesejahteraan Hidup Malaysia, indeks kesejahteraan orang Asli perlu dikira bersama. Dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan hidup masyarakat orang Asli, Rancangan Penempatan Semula (RPS) telah memindahkan mereka dari kawasan pendalaman ke kawasan pinggir bandar bermula pada Rancangan Malaysia Keempat (1980Keempat ( -1985)). Program ini telah menyusun dan membangunkan pembangunan sosial dan ekonomi di penempatan orang Asli. Penempatan semula orang Asli ini membawa perubahan dalam kehidupan mereka terutamanya aspek ekonomi, kesihatan dan pendidikan. Pembangunan sosioekonomi ini menyebabkan berlakunya kemusnahan sumber hutan yang sebelum ini menjadi kebergantungan hidup kepada komuniti orang Asli. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perubahan sosial, ekonomi dan kesan RPS kepada komuniti orang Asli Jakun di RPS Runchang, Pekan, Pahang. Bagi mencapai tujuan tersebut, temu bual mendalam telah dilakukan terhadap 11 informan untuk mengetahui perubahan kehidupan yang dialami oleh penduduk di RPS Runchang. Analisis data kajian ini menunjukkan terdapat perubahan sosioekonomi dalam aspek ekonomi, kesihatan dan pendidikan setelah program penempatan semula dilaksanakan. Aspek kesihatan mengalami perubahan secara menyeluruh berbanding dengan aspek ekonomi dan pendidikan. Sehubungan itu, bersama-sama dengan aspek kesihatan, aspek sosioekonomi yang lain ini perlu diberikan perhatian dalam proses pembangunan orang Asli di negara ini bagi memastikan peningkatan dalam indeks Kesejahteraan Hidup masyarakat orang Asli dan indeks kesejahteraan hidup Malaysia umumnya.
Akademika, 2007
Makalah ini membicarakan persoalan tentang kerja lapangan berterusan (sustainable fieldwork) yang dijalankan secara sistematik dan tersusun dalam meneliti perjalanan dan proses pembandaran lestari menerusi pemerhatian terhadap perubahan gunatanah dalam tempoh masa mengikut dua skala/ aras yang berbeza. Penelitian menerusi kerja lapangan berterusan ini mampu merungkai proses pembandaran lestari dengan lebih bermakna menerusi penjanaan metodologi, model dan teori berasaskan tempatan. Makalah ini juga mengungkapkan bahawa penekanan dan keperluan menjalankan kerjalapangan secara berterusan ini akan menghasilkan dapatan yang berkualiti dari perspektif tempatan sendiri. Penelitian terhadap perubahan gunatanah yang dilakukan pada dua aras yang berbeza ini dapat mentaksirkan sama ada impak yang terjelma itu membawa manfaat kepada penduduk di sekitarnya ataupun sebaliknya. Pemerhatian secara berterusan dalam sesuatu bidang dan kawasan ini mengundang tiga perkara penting, iaitu penghasilan model/teori, pemantapan metodologi dan peneguhan teknikteknik yang telah digunakan sejak sekian lama. Penelitian yang berterusan ini memberikan maklumat yang membolehkannya merungkai teori yang sedia ada untuk diperhalusi dan akhirnya mengungkapkan pula teori "baru" perubahan gunatanah berasaskan janaan faktor dalaman yang pula dapat mencari sesuatu model baru dari percikan situasi setempat.
2016
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah untuk mem...
2016
Abstrak Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah u...
MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)
Tenaga Kerja Indonesia (TKI) merupakan sumber pekerja utama dalam sektor perladangan di Sabah, terutamanya kelapa sawit. Kumpulan TKI yang paling dominan adalah berketurunan Bugis (termasuk TKI dan Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang datang dari Sulawesi Selatan, diikuti oleh pekerja berketurunan Timor (Adonara dan Flores di Nusa Tenggara) dan Jawa. Kertas kerja ini memfokuskan kajian ke atas TKI berketurunan Bugis dan cuba melihat bagaimana kumpulan ini mendominasi sektor ini di Sabah. Bagi melengkapi kajian ini, tinjauan dan temu bual telah dibuat di beberapa buah estet di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau. Di samping itu, temu bual turut dibuat dengan Konsulat Jenderal Indonesia di Kota Kinabalu dan Tawau, pihak majikan dan agensi pekerjaan. Kajian mendapati bahawa rangkaian sosial dalam kalangan migran Bugis dan faktor desakan ekonomi serta usaha untuk meningkatkan taraf hidup sebagai punca utama migran Bugis cukup dominan dalam sektor perladangan di S...
Laporan studio dihasilkan oleh para pelajar MSc Planning 2016 di PP Perumahan Bangunan dan Perancangan PBP@HBP USM. Kajian dijalankan di kawasan luar bandar Penaga Seberang Perai Utara Pulau Pinang.
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.