Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
2018, Jurnal Wacana Sarjana
Baba-Nyonya community is a community of Chinese descent living in Malaysia and practices lifestyle of the Malay community. They have adjusted to the way of life and socio-cultural influences of their surroundings and create a culture of its own. Till now the Baba-Nyonya still follow the taboo practices and beliefs of the Malays and Chinese in their daily lives. Most previous studies discuss about Baba's everyday cultural practices but less touching on the tradition and superstitious taboo practices which they practice before and during the Chinese New Year celebrations which is also celebrated by the Baba community. Thus, this study aims to identify the tradition and superstitious taboos practiced by the Baba community before and during Chinese New Year celebrations. In addition, the study explores the social meanings behind the tradition and superstitious taboos. Based on qualitative method, this study conducted in-depth interviews and non-participant observation on six Baba-Nyonya informants in Malacca. The results showed that the Baba community practices numerous tradition and superstitious taboos from the days before and during Chinese New Year celebration. In terms of social meaning, the taboos are seen as a way to preserve the well-being and social control of the community.
Segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
Fokus utama kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan persepsi daripada masyarakat Melayu Sarawak terhadap kepercayaan penyembahan Datuk Kong yang diamalkan oleh masyarakat Cina tempatan, khususnya di Kampung Buntal, Kuching. Secara umumnya diketahui sebagaimana masyarakat Melayu secara dominan menganut agama Islam secara tidak langsung mempengaruhi nilai, pandangan dan perspektif mereka terhadap perkara sedemikian. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mendapatkan buah fikiran yang mendalam terhadap bagaimana masyarakat Melayu Sarawak khususnya di Kuching berhadapan dengan kepercayaan sedemikian dan pandangan terhadap kewujudan penyembahan semangat Datuk Kong. Data empirikal dikumpulkan melalui pemerhatian dan temu bual bersama penduduk direkodkan, ditranskripsikan dan dianalisis. Dapatan kajian telah mendapati terdapat dua golongan masyarakat Melayu yang berlainan pendapat terhadap kepercayaan Datuk Kong.
‘Abqari Journal
The purpose of this study was to examine the celebrations of non-Muslims, namely the Pongal Festival for Hindus and the Chinese New Year for the Chinese community, on whether the Pongal Festival and Chinese New Year are customary or religious festivals and to propose interfaith dialogue as the solution to ensure religious tolerance among the people. This phenomenon highlights the importance of interfaith dialogue to achieve inter-religious tolerance especially for Malaysia consists various races and religions. This literature review study using qualitative method concluded that the Pongal Festival celebrated by Hindus is religious in nature due to the element of worship to the Gods. Meanwhile, Chinese New Year consists of celebrations which can be classified as customary or cultural celebrations. According to the syara’, any act of tasyabbuh in akidah and belief is strictly prohibited. Though the aspect of tasyabbuh needs to be looked further in detail especially in the context of M...
Negara Malaysia secara amnya atau Negeri Johor ini secara khususnya mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, bahasa dan adat budaya menjadi kita ini sebagai salah satu anggota masyarakat perlu peka akan keadaan sensetiviti yang berkaitan budaya yang terdapat disekelilingnya bagi menunjukkan nilai perpaduan serta kerjasama diantara masyarakatnya. Penulis ingin mengupas lebih lanjut mengenai Nasi Ambeng Johor ; Jenis dan Falsafah disebalik hidangan yang merupakan satu tradisi budaya masyarakat Jawa yang terdapat di Negeri Johor terutamanya di Pontian, Batu Pahat dan Muar. Penulis berkongsi pengalaman sendiri serta secara ringkasnya berkongsi tentang cara-cara penyediaan makanan tradisional ini dikalangan masyarakat Jawa sewaktu majlis keraian serta sekaligus dapat memartabatkan makanan tradisional ini kepada masyarakat luar.
Sains Humanika
Language can emerged within two types; spoken or written language. The ethnic diversity in Sarawak has caused the emergence of various languages or and very significantly to be studied such as the synonym aspect in Iban and Salako languages. Although the languages of the Iban community and Salako communities in Lundu and Sematan area are believed/assumed originated from the same language known as the Austronesian language, but the language spoken daily is different as a result of various factors. The dissimilar elements are in terms of pronunciation, spelling, meaning, context of usage and other elements so on. This study was conducted to, understand and investigate whether the Iban and Salako languages have words that are synonymous. This study was conducted using qualitative method such as literature review, interviews, observations, recording, notes and checks were used to obtain complete and detailed information and linguistic data. The findings show that there are some words in...
2017
ABSTRAK Kertas kerja ini mengenai adat dan kepercayaan dalam ritual kematian masyarakat Bajau. Masyarakat Bajau masih mempercayai adat dan kepercayaan dalam kehidupan seharian sehingga pada peringkat kematian terutamanya mereka yang tinggal di Kampung Pangkalan Kunak, Sabah. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti mengenai adat dan kepercayaan dalam ritual kematian masyarakat Bajau. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan etnografi yang amat sesuai kerana terdapat kajian lapangan yang terdiri daripada pemerhatian dan ikut serta dalam kegiatan masyarakat itu. Waktu yang sama menggunakan kaedah temubual secara berfokus dan berkumpulan dalam mengutip data-data yang sesuai dengan kajian ini. Bagi menyokong kajian lapangan, kajian di perpustakaan turut dilakukan dengan meneliti bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal dan kajian ilmiah yang berkaitan dengan penyelidikan dilakukan. Bahan-bahan yang dikutip dan dikumpul melalui kedua-dua kaedah ini akan dianalisis dengan menggunak...
Geografia-Malaysian Journal of Society and Space , 2024
Suku Ketungau Sesat merupakan salah satu suku yang mendiami lembah Sekadau, Kalimantan Barat (Indonesia). Sebelum memeluk agama Katolik, pada amnya mereka sama dengan masyarakat peribumi lainnya di Kalimantan Barat iaitu mengamalkan kepercayaan tradisional animisme. Namun, sejak pengenalan agama Katolik di perkampungan masyarakat Ketungau Sesat lebih kurang 70 tahun yang lalu, mereka meninggalkan kepercayaan animisme dan memilih memeluk agama Katolik. Oleh kerana agama ini terbuka terhadap pelbagai budaya dan berusaha mengakulturasi dengan budaya tempatan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan sejauh manakah pihak gereja Katolik telah berjaya mengakulturasi budaya Ketungau Sesat ?. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dalam mengumpul data, iaitu melalui kaedah temu bual dengan informan utama dan pemerhatian ikut serta, berfokus kepada ritualritual dalam pertanian padi. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Ketungau Sesat masih mengamalkan ritual-ritual tradisi yang berkaitan pertanian huma, tetapi pada masa yang sama, sudah terakulturasi dengan agama Katolik. Aspek-aspek lain yang diakulturasi sehingga menyaksikan satu budaya baharu juga disaksikan dalam amalan tradisional seperti berdoa dan bedarok di salib pelindung kampung pada hari Gawai. Secara kesimpulan, asimilasi budaya dan agama masih bersifat dinamis dan pola perubahan ini kini terus berlaku dalam masyarakat yang dikaji ini.
Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 2020
Persembahan makanan dalam ritual Serarang dijalankan bertujuan menggembirakan Ipok. Setiap tahun ritual ini antara aktiviti yang dilakukan dalam Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau Likow sebagai tanda kesyukuran dan perlakuan memohon perlindungan kepada semangat laut. Pelaksanaan ritual ini amat berkait rapat dengan pandang dunia masyarakat pengamal. Fokus utama dalam kajian ini untuk mengkaji makna simbol makanan yang dipersembahkan kepada Ipok. Data-data dalam kajian ini pula dianalisis menggunakan pendekatan teori semiotik yang mengkaji makna makanan dalam konteks komunikasi bukan lisan. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam pelaksanaan ritual. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, Tama Kaul dan para pengamal ritual. Lokasi kajian terletak di Kampung Medong, Dalat Sarawak. Kajian ini mendapati bahawa makanan yang dipersembahkan kepada Ipok mengandungi makna yang tersendiri dan diterjemahkan menerusi bentuk, warna ...
Akademika, 2017
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji perubahan dalam adat dan ritual kematian masyarakat Bajau akibat pengaruh sistem kepercayaan dan agama Islam. Pemahaman terhadap struktur dan signifikasi simbol nonverbal dalam adat kematian Bajau mewakili beberapa nilai dukungan masyarakat Bajau dari pelbagai dimensi. Bertunjangkan matlamat yang direncanakan, pengkaji telah mengaplikasikan beberapa perspektif teori yang berkaitan untuk memandu arah dan menyokong intipati penelitian iaitu Teori Strukturalisme Levi-Strauss dan Teori Semiotik. Penelitian yang bersifat kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian berbentuk etnografi yang bersifat thick description untuk mendeskripsikan dan menginterpretasikan semiotik dalam adat dan ritual kematian Bajau Kota Belud. Seiringan dengan pendekatan etnografi, pengumpulan data dilaksanakan menerusi kaedah participant observation dengan mengaplikasikan teknik pemerhatian turut serta dan temu bual. Struktur dan simbol kematian menunjukkan bahawa pengaruh kosmologi Hinduisme dan Buddhisme telah mewarnai dan mentransformasikan amalan budaya masyarakat Bajau yang terdahulunya terbentuk dari dunia animisme. Namun setelah menganut agama Islam, amalan budaya masyarakat berkenaan turut berubah. Namun perubahan yang berlaku lebih bersifat evolusi dalam situasi yang tidak seragam bentuknya. Abad yang ke-21 ini, perilaku budaya dalam adat dan ritual kematian memperlihatkan bahawa amalan budaya masyarakat Bajau seolah-olah berunsur sinkretisme, iaitu penyesuaian dan pembauran antara kepercayaan tradisional dan baharu. Namun tidak mustahil perubahan akan berlaku dengan lebih drastik pada abad mendatang kerana proses pemurnian Islam masih berterusan. Amalan dan ritual tradisional dalam adat kematian Bajau masih terus bertahan sehingga kini kerana makna serta fungsinya masih diperlukan.
Journal of Borneo Social Transformation Studies
The issue of this article is the intercultural marriage among the Sino-Kadazan community that took place before the formation of Malaysia in 1963 in Sabah. Among the challenges faced is that the status of their identity is often disputed. This article also looks at the personality of this community as well as their habits in the family culture such as in the aspects of communication language, beliefs, nutrition and choice of residence. The aim of this study is to answer the question posed that is whether intercultural marriages such as the Sino-Kadazan community will create a harmonious relationship or the existence of problems such as conflicts in cultures? This study uses a qualitative method, which is to conduct in -depth interviews and observations to the homes of five respondents. To further strengthen the data of this study, secondary sources were also used. The location setting is done in several areas around Kota Kinabalu which have Sino-Kadazan ethnicity. The concepts used ...
2017
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji perubahan dalam adat dan ritual kematian masyarakat Bajau akibat pengaruh sistem kepercayaan dan agama Islam. Pemahaman terhadap struktur dan signifikasi simbol nonverbal dalam adat kematian Bajau mewakili beberapa nilai dukungan masyarakat Bajau dari pelbagai dimensi. Bertunjangkan matlamat yang direncanakan, pengkaji telah mengaplikasikan beberapa perspektif teori yang berkaitan untuk memandu arah dan menyokong intipati penelitian iaitu Teori Strukturalisme Levi-Strauss dan Teori Semiotik. Penelitian yang bersifat kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian berbentuk etnografi yang bersifat thick description untuk mendeskripsikan dan menginterpretasikan semiotik dalam adat dan ritual kematian Bajau Kota Belud. Seiringan dengan pendekatan etnografi, pengumpulan data dilaksanakan menerusi kaedah participant observation dengan mengaplikasikan teknik pemerhatian turut serta dan temu bual. Struktur dan simbol kematian menunjukkan bahawa pengaruh kosmologi Hinduisme dan Buddhisme telah mewarnai dan mentransformasikan amalan budaya masyarakat Bajau yang terdahulunya terbentuk dari dunia animisme. Namun setelah menganut agama Islam, amalan budaya masyarakat berkenaan turut berubah. Namun perubahan yang berlaku lebih bersifat evolusi dalam situasi yang tidak seragam bentuknya. Abad yang ke-21 ini, perilaku budaya dalam adat dan ritual kematian memperlihatkan bahawa amalan budaya masyarakat Bajau seolah-olah berunsur sinkretisme, iaitu penyesuaian dan pembauran antara kepercayaan tradisional dan baharu. Namun tidak mustahil perubahan akan berlaku dengan lebih drastik pada abad mendatang kerana proses pemurnian Islam masih berterusan. Amalan dan ritual tradisional dalam adat kematian Bajau masih terus bertahan sehingga kini kerana makna serta fungsinya masih diperlukan.
• Am: budaya = cara hidup manusia. • Satu proses pkembngan sahsiah, akal, semangat & usaha mnusia dlm ssuatu kelompok. • Etimologi = budi + daya • Budi = aspek dlman mnusia yg mliputi akal & nilai • Daya = aspek lahiriah mnusia yg meliputi usaha & hasilan.
Etnik sememangnya merupakan aspek utama dalam memperihal dan mengkaji kumpulan-kumpulan manusia yang terdapat di seluruh dunia. Secara amnya, etnik digunakan bagi membeza dan mengenalpasti di antara sesebuah kumpulan dengan kumpulan yang lainnya. Hal ini turut disandarkan pada bentuk primordial atau asal yakni dikaitkan dengan aspek seperti warna kulit, agama, bahasa serta pengalaman sejarahnya (Ishtiaq Ahmad, 1996: 20). Bahkan, teori etnisiti juga mecadangkan bahawa ianya merupakan suatu hubungan di antara kumpulan-kumpulan budaya yang dicorakkan melalui sistem sosial mereka yang tersendiri sebagai sebuah ukuran terhadap tingkah laku sosial di dalam masyarakat industri yang lebih moden. Kepelbagaian etnik yang wujud pada hari ini telah memperlihatkan masyarakat-masyarakat yang berbeza daripada segi budaya, adat bahkan agama serta dicorak pula mengikut acuan negara bangsa setelah diberi kemerdekaan oleh pihak penjajah. Namun begitu, kewujudan negara berbilang etnik dapat dilihat sebagai unik kerana kejayaannya dalam menjaga kerukunan hidup rakyatnya namun ada kalanya turut mengakibatkan perbezaan serta perbalahan politik yang berpanjangan. Rantau Asia Tenggara misalnya boleh menjadi contoh betapa kepelbagaian etnik memainkan peranan penting dalam mencorak perjalanan politik di negara masing-masing.
Bab ini akan membincangan tentang masyarakat Bidayuh di Sarawak. Perbincang tentang masyarakat Bidayuh di Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama. Bahagian pertama akan membincangkan sejarah asal usul masyarakat tersebut. Bahagian kedua pula akan membincangan komposisi dan suku kaum Bidayuh masyarakt tersebut menurut dialek yang mereka tuturi. Bahagian akhir bab ini akan membincangkan adat dan amalan masyarakat Bidayuh. Terdapat beberapa pandangan yang membincangkan pengertian dan asal usul masyarakat Bidayuh di Sarawak. Mengikut legenda, masyarakat yang disebut Bidayuh datang ke Sarawak dari Sungkong di Kalimantan Indonesia kira-kira dua puluh generasi sebelum ledakan Gunung Krakatoa (Hewitt 1961: 51). Mereka menetap di kawasan Gunung Penrissen, atau yang disebut sebagai Borneo Heights.. Dari situ mereka kemudian berhijrah pula ke kawasankawasan berhampiran. Ada kemungkinannya masyarakat Bidayuh yang awal ini pernah tinggal di sekitar kawasan yang sekarang menjadi Bandaraya Kuching. Namum pada tahun-tahun kemudiannya perompak-perompak dan lanun dari Laut Sulu telah datang dan memaksa mereka berhijrah semakin jauh ke pedalaman untuk mencari perlindungan. Oleh kerana penempatan merekalah mereka telah dipanggil Dayak Darat. Malcom MacDonald (1985: 51), menyifatkan masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat yang mencintai keamanan dan kedamaian. Beliau menambah orang Bidayuh telah menjadi mangsa yang keganasan dan pemburuan kepala dan dijual sebagai hamba oleh orang Melayu Brunei, Iban dan lanun-lanun keturunan Illanundan Balanini. Orang Bidayuh dengan
tinjauan teknik penerapan akidah sediaada dan mencipta model penerapan akidah seawal mungkin kanak-kanak
Loading Preview
Sorry, preview is currently unavailable. You can download the paper by clicking the button above.